Archive for category intro

hola!!

Hola guys!!

Selamat datang ke rumah baruku… My new mi casa… Dedikasi khas untuk cintaku, kegilaanku dan keghairahanku.

Dah lama simpan niat nak ada “cawangan” lain, tapi dipendam je.. sebab takut tak terkawal… Maklumlah, rumah yang ada tu pun, rasanya macam tak sempat nak update selalu. Tapi memandangkan rumah baru ni hanya sekali sekala saja akan diupdate, makanya aku kuatkan semangat juga untuk membukanya. So, awal-awal aku nak pesan, rumah ni hanya akan diupdate bila aku siap ber”karya”. Bergantung pada tahap kerajinan dan kesempatan yang aku ada.

Tujuan utama rumah baru ni dibuka bukan untuk tujuan bisnes.. Bukan untuk menunjuk pandai.. Bukan untuk meminta pujian… Rumah baru ni hanyalah untuk aku EKSPRESIkan diri.. sambil berkongsi ilmu dan idea yang tak sebanyak mana ini. Lagipun, malas nak serabutkan rumah lama dengan kegilaanku ini. Takut ada yang kata aku syok sendiri. Kerja pun jadi lebih mudah.

Of course aku masih jauh lagi jika nak dibandingkan dengan fashion designer (which I really admire them a lot). Baru nak bertatih, orang kata. And I really enjoy and aprreciate those who’re willing to share their works in fotopages and blogs. Mucho gracias. Thru observation from theirs, from books, from mags, finally aku dapat luahkan cinta yang selama ini aku tak sedar kewujudannya. Mula-mula, memang kekok. Rasa nak siapkan satu pun payah. Bercinta!. Practice makes perfect, rite.. Lama-lama ok dan mula rasa ketagih. So, marilah ENJOY “mi amor”.


Adios. Chow.

p/s: Aku tak terima tempahan. Semua aku ekspresikan pada baju sendiri & family. Kekurangan masa 😀 . So, sebarang tempahan tidak akan dilayan 😛

14 Comments